Setelah
berbagai usaha oleh kaum Quraisy untuk menyekat dan menghapuskan penyebaran
agama Islam menemui kegagalan, maka Abu Jahal semakin benci terhadap Rasulullah
Shallallahu Alaihi wa Sallam. Kebencian Abu Jahal ini tidak ada tolok
bandingnya, malah melebihi kebencian Abu Lahab terhadap Rasulullah Shallallahu
Alaihi wa Sallam.
Melihatkan
agama Islam semakin tersebar, Abu Jahal pun berkata kepada kaum Quraisy di
dalam suatu perhimpunan, "Hai kaumku! Janganlah sekali-kali membiarkan
Muhammad menyebarkan ajaran barunya dengan sesuka hatinya. Ini adalah kerana
dia telah menghina agama nenek moyang kita, dia mencela tuhan yang kita sembah.
Demi Tuhan, aku berjanji kepada kamu sekalian, bahwa esok aku akan membawa batu
ke Masjidil Haram untuk dibalingkan ke kepala Muhammad ketika dia sujud.
Selepas itu, terserahlah kepada kamu semua samada mahu menyerahkan aku kepada
keluarganya atau kamu membela aku dari ancaman kaum kerabatnya. Biarlah
orang-orang Bani Hasyim bertindak apa yang mereka sukai."
Tatkala
mendengar jaminan daripada Abu Jahal, maka orang ramai yang menghadiri
perhimpunan itu berkata secara serentak kepadanya, "Demi Tuhan, kami tidak
akan sekali-kali menyerahkan engkau kepada keluarga Muhammad. Teruskan
niatmu."
Orang
ramai yang menghadiri perhimpunan itu merasa bangga mendengar kata-kata yang
diucapkan oleh Abu Jahal bahwa dia akan menghapuskan Muhammad kerana jika Abu
Jahal berjaya menghapuskan Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam bererti
akan terhapuslah segala keresahan dan kesusahan mereka selama ini yang
disebabkan oleh kegiatan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam menyebarkan agama
Islam di kalangan mereka.
Dalam
pada itu, terdapat juga para hadirin di situ telah mengira-ngira perbelanjaan
untuk mengadakan pesta sekiranya Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam
berjaya dihapuskan. Pada pandangan mereka adalah mudah untuk membunuh Nabi
Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam yang dikasihi oleh Tuhan Yang Maha Esa
serta sekalian penghuni langit. Padahal Allah tidak akan sekali-kali membiarkan
kekasih-Nya diancam dan diperlakukan seperti binatang.
Dengan
perasaan bangga, keesokan harinya di sebelah pagi, Abu Jahal pun terus pergi ke
Kaabah iaitu tempat biasa Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam
bersembahyang. Dengan langkahnya seperti seorang satria, dia berjalan dengan
membawa seketul batu besar di tangan sambil diiringi oleh beberapa orang Quraisy
yang rapat dengannya. Tujuan dia mengajak kawan-kawannya ialah untuk
menyaksikan bagaimana nanti dia akan menghempapkan batu itu di atas kepala Nabi
Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam.
Sepanjang
perjalanan itu dia membayangkan bagaimana keadaan Nabi Muhammad nanti setelah
kepalanya dihentak oleh batu itu. Dia tersenyum sendirian apabila membayangkan
kepala Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam pecah dan tidak bergerak
lagi. Dan juga membayangkan bagaimana kaum Quraisy akanmenyambutnya sebagai pahlawan
yang telah berjaya membunuh musuh nombor satu mereka.
Sebaik
saja Abu Jahal tiba di perkarangan Masjidil Haram, dilihatnya Rasulullah
Shallallahu Alaihi wa Sallam baru saja sampai dan hendak mengerjakan
sembahyang. Dalam pada itu, Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam tidak
menyedari akan kehadiran Abu Jahal dan kawan-kawannya di situ. Baginda tidak
pernah terfikir apa yang hendak dilakukan oleh Abu Jahal terhadap dirinya pada hari
itu.
Sebaik-baik
saja Abu Jahal melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam telah mula
bersembahyang, dia berjalan perlahan-lahan dari arah belakang menuju ke arah
Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam. Abu Jahal melangkah dengan
berhati-hati, setiap pergerakannya dijaga, takut disadari oleh baginda.
Dari
jauh kawan-kawan Abu Jahal memerhatikan dengan perasaan cemas bercampur
gembira. Dalam hati mereka berkata, "Kali ini akan musnahlah engkau hai
Muhammad."
Sebaik
saja Abu Jahal hendak menghampiri Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam
dan menghayun batu yang dipegangnya itu, tiba-tiba secepat kilat dia berundur
ke belakang. Batu yang dipegangnya juga jatuh ke tanah. Mukanya yang tadi merah
kini menjadi pucat lesi seolah-olah tiada berdarah lagi. Rakan-rakannya yang
amat ghairah untuk melihat Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam terbunuh,
tercengang dan saling berpandangan.
Kaki
Abu Jahal seolah-olah terpaku ke bumi. Dia tidak dapat melangkahkan kaki
walaupun setapak. Melihatkan keadaan itu, rakan-rakannya segera menarik Abu
Jahal dari situ sebelum disadari oleh baginda. Abu Jahal masih terpinga-pinga
dengan kejadian yang dialaminya.
Sebaik saja dia sedar dari kejutan peristiwa tadi, rakan-rakannya tidak sabar untuk mengetahui apakah sebenarnya yang telah berlaku. Kawannya bertanya, "Apakah sebenarnya yang terjadi kepada engkau, Abu Jahal? Mengapa engkau tidak menghempapkan batu itu ke kepala Muhammad ketika dia sedang sujud tadi?"
Sebaik saja dia sedar dari kejutan peristiwa tadi, rakan-rakannya tidak sabar untuk mengetahui apakah sebenarnya yang telah berlaku. Kawannya bertanya, "Apakah sebenarnya yang terjadi kepada engkau, Abu Jahal? Mengapa engkau tidak menghempapkan batu itu ke kepala Muhammad ketika dia sedang sujud tadi?"
Akan
tetapi Abu Jahal tetap membisu, rakan-rakannya semakin keheranan. Abu Jahal
yang mereka kenali selama ini seorang yang lantang berpidato dan menyumpah
seranah Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam, tiba-tiba saja diam membisu.
Dalam
pada itu, Abu Jahal masih terbayang-bayang akan kejadian yang baru menimpanya
tadi. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, malah dia
sendiri tidak menyangka perkara yang sama akan berulang menimpa dirinya.
Perkara
yang sama pernah menimpa Abu Jahal sewaktu Rasulullah Shallallahu Alaihi wa
Sallam pergi ke rumah Abu Jahal apabila seorang Nasrani mengadu kepada baginda
bahwa Abu Jahal telah merampas hartanya. Pada masa itu Abu Jahal tidak berani
berkata apa-apa pada baginda apabila dia terpandang dua ekor harimau menjadi
pengawal peribadi Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.
Kemudian
setelah habis mereka menghujani Abu Jahal dengan pelbagai soalan, maka Abu
Jahal pun mula bersuara, "Wahai sahabatku! Untuk pengetahuan kamu semua,
sebaik saja aku menghampiri Muhammad hendak menghempapkan batu itu ke
kepalanya, tiba-tiba muncul seekor unta yang besar hendak menendang aku. Aku
amat terkejut kerana belum pernah melihat unta yang sebegitu besar seumur
hidupku. Sekiranya aku teruskan niatku, nescaya akan matilah aku ditendang oleh
unta itu, sebab itulah aku berundur dan membatalkan niatku."
Rakan-rakan
Abu Jahal berasa amat kecewa mendengar penjelasan itu, mereka tidak menyangka
orang yang selama ini gagah dan beria-ia hendak membunuh Nabi Muhammad
Shallallahu Alaihi wa Sallam hanya tinggal kata-kata saja. Orang yang selama
ini diharapkan boleh menghapuskan Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam
dan pengaruhnya hanya berupaya bercakap seperti tin kosong saja.
Setelah
mendengar penjelasan dari Abu Jahal yang tidak memuaskan hati itu, maka mereka
pun berkata kepada Abu Jahal dengan perasaan keheranan, "Ya Abu Jahal,
semasa kau menghampiri Muhammad tadi, kami memerhatikan engkau dari jauh tetapi
kai tidak napak akan unta yang engkau katakan itu. Malah bayangnya pun kami
tidak nampak."
Rakan-rakan
Abu Jahal mula sangsi dengan segala keterangan yang diberikan oleh Abu Jahal.
Mereka menyangka Abu Jahal sentiasa mereka-reka cerita yang karut itu, mereka
mula hilang kepercayaan terhadapnya. Akhirnya segala kata-kata Abu Jahal mereka
tidak berapa endahkan lagi.
sumber : Mading Pendidikan Fisika UINAM,tulisan Reni Puji Astuti Mahasiswa pendidikan fisika angkatan 2015 semester 3...Good..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar